Ikuti Kami:

Kisah Hidup Kim Misoo, Pelakon Sedang Meningkat Naik & Mendapat Pujian Senior

Kisah Hidup Kim Misoo, Pelakon Sedang Meningkat Naik & Mendapat Pujian Senior

Semalam peminat K-Drama dikejutkan dengan pemergian pelakon Kim Mi-soo yang dikhabarkan meninggal secara tiba-tiba.

Baru berusia 30 tahun, sudah pasti ramai yang berasa kesal kerana wanita itu pergi pada ketika usianya baru ingin bercambah dan mencuba pelbagai cabaran dalam dunia ini.

Pelajar jurusan lakonan

Sebelum dikenali dengan drama “Snowdrop”, Kim Mi-soo sebenarnya merupakan seorang yang mempunyai keghairahan yang hebat dalam dunia lakonan.

Mendiang merupakan kelulusan Universiti Kebangsaan Seni Korea dalam bidang lakonan. Malah dia memulakan tapak sebagai pelakon menerusi pelbagai projek seperti filem “Lipstick Revolution”, “Memories”, “Kyungmi’s World” dan drama seperti “Human Luwak”, “Hi Bye, Mama!” dan “Into The Ring”.

kim misoo

Dalam pada itu, diumumkan bahawa drama “Sixth Sense Kiss” telah menangguhkan penggambaran selepas berita kematian Kim Mi-soo. Rupanya, mendiang merupakan salah seorang pelakon di dalam drama Disney+ berkenaan namun ianya belum diumumkan kepada umum.

Malah agensinya ada memberitahu bahawa dia ada menjalani penggambaran untuk drama tersebut dua hari lalu selain mempunyai jadual seni yang padat kini.

Dipuji senior

Bahkan bakatnya itu diperakui oleh pelakon senior seperti Ahn Nae-sang. Menerusi sidang media drama “Luwak Human”, lelaki itu berkata,

Saya berlakon dengan seorang pelakon bernama Kim Mi-soo buat pertama kali. Saya melihat dia berlakon buat kali pertama namun lakonannya sangat bagus. Saya berfikir ‘Pelakon yang hebat sudah muncul.’ Kim Mi-soo merupakan seorang yang kuat menangis disebalik tabir namun dia melakukannya dengan baik apabila mula memasuki set. Tak lama lagi, pelakon bernama Kim Mi-soo akan dapat mempersembahkan namanya dengan bangga pada Korea.

kim misoo luwak human

Raih perhatian dalam ‘Snowdrop’

Merupakan drama terakhirnya sebelum meninggal dunia, rata-rata peminat “Snowdrop” menangisi permergiannya. Di dalam drama JTBC itu, dia membawa watak Yeo Jung-min, seorang senior di fakulti Sejarah di Universiti Perempuan Hosoo dan merupakan seorang aktivis yang membaca buku terlarang untuk seminar ‘Undercircle’. Sebagai rakan baik kepada watak utama iaitu Eun Young-ro (Jisoo), sudah pasti ianya akan meninggalkan kesan buat penonton.

Lebih menyentuh hati, Kim Mi-soo kelihatan sangat gembira dengan tawaran berlakon dalam “Snowdrop”. Katanya sebelum ini,

Saya sangat gembira. Apabila saya memikirkannya, saya berasa tersentuh dan teruja. Saya berasa seronok kerana dapat bekerja dengan oranag yang baik dan berharap agar ketelusan semua akan dapat dirasai penonton seperti apa yang kami curahkan untuk drama ini.

kim misoo snowdrop meninggal dunia

Kebanggaan ayah

Selepas berita pemergian Kim Mi-soo terpampang di dada pelbagai berita, peminat disajikan dengan pelbagai entri ayah mendiang yang sentiasa memberikan sokongan buat kerjayanya sebagai pelakon.

Dari “Human Luwak”, ayahnya turut meminta sokongan ramai apabila Kim Mi-soo muncul sebagai Cha Yeon-ji iaitu adik kepada watak Kim Tae-hee dalam “Hi Bye, Mama!”. Tulisnya dalam entri yang beserta gambar Kim Mi-soo tersenyum bersama buku skrip itu,

Anak saya akan muncul sebagai Cha Yeon-ji, adik kepada watak utama Cha Yu-ri (Kim Tae-hee) dalam drama tvN, “Hi Bye, Mama!”. Dia sering muncul dalam filem indie atau teater, namun ini adalah pertama kali di menyertai siri mini. Episod pertama akan ditayangkan pada 9 p.m, nantikannya.

ayah kim misoo

Entri terakhirnya ialah pada Jun 2021, di mana dia mempromosikan drama “Into The Ring” yang turut menampilkan Kim Mi-soo sebagai pelakon pembantu.

Takziah buat keluarga dan teman rapat Kim Mi-soo.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...