Ikuti Kami:

Bintangi Drama ‘Snowdrop’, Pelakon Kim Misoo Telah Meninggal Dunia

Bintangi Drama ‘Snowdrop’, Pelakon Kim Misoo Telah Meninggal Dunia

Pelakon Kim Mi-soo, yang mempunyai peranan sokongan dalam drama “Snowdrop”, telah meninggal dunia pada usia 31 tahun.

Menurut laporan eksklusif dari Osen, pelakon Kim Mi-soo telah meninggal dunia pada usia 31 tahun, dan punca kematiannya masih belum didedahkan. Pengebumian beliau akan dilakukan di Rumah Pengebumian Sungsim. Agensinya Landscape Entertainment telah mengesahkan berita kematian Kim Mi-soo dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Kami di sini untuk menyampaikan berita yang menyayat hati.

Pelakon Kim Mi-soo telah meninggal dunia pada 5 Januari.

Keluarga yang ditinggalkan kini sangat sedih kerana berita sedih yang tiba-tiba itu.

Kami amat meminta agar pihak tuan mengelak daripada menyebarkan khabar angin atau laporan spekulatif agar keluarga arwah yang dalam keadaan terkejut dan berdukacita dapat mengingati arwah.

Pengebumian beliau akan diadakan secara senyap di sebalik pintu tertutup mengikut kehendak keluarganya.

Tolong doakan dia, dan kami mengucapkan takziah sekali lagi kepada arwah.

Pelakon Kim Mi-soo kini sedang menyapa penonton sebagai wataknya Yeo Jung-min dalam drama JTBC “Snowdrop”, dan dia merupakan rakan sebilik serta kawan rapat kepada pelakon wanita Eun Young-ro (Ji-soo BLACKPINK). “Snowdrop” kini akan menandakan projek terakhirnya sebelum dia meninggal dunia.

kim misoo snowdrop meninggal dunia

Takziah buat keluarga Kim Mi-soo.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...