Baru sahaja selesai dengan drama “Twenty Five, Twenty One”, nampaknya Nam Joo-hyuk sudah memilih projek terbarunya.
Menurut wakil industri, lelaki itu bakal menerajui sebuah drama hero gelap bertajuk “Vigilante”.
Respon agensinya mengenai berita itu,
Nam Joo-hyuk sedang meneliti secara positif mengenai kemunculannya dalam ‘Vigilante’.
Ianya membawa kisah Kim Ji-yong iaitu seorang pemburu penjenayah yang kehilangan ibunya kerana perbuatan penjahat kejiranan semasa dia kecil. Apabila dia menyertai institusi kepolisan untuk menjejaki pembunuh tersebut, dia turut menghukum penjenayah pada saban minggu selain menunding jari terhadap norma masyarakat di mana penguatkuasaan undang-undang sangat baik buat pesalah.
Diadaptasi daripada webtoon dengan nama sama, ianya dirancang untuk disiarkan di platform OTT, berkemungkinan di Netflix.
Harap jadi kenyataan, teringin lihat Nam Joo-hyuk bawa watak seperti ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.