Ikuti Kami:

Kisah Hebat Lagenda Joseon, Rowoon & Park Seoham Dilapor Bakal Bintangi Drama ‘Murky Water’

Kisah Hebat Lagenda Joseon, Rowoon & Park Seoham Dilapor Bakal Bintangi Drama ‘Murky Water’

Rowoon akan kembali dengan drama baru pada tahun hadapan.

Menurut laporan media pada 19 Disember, drama “Murky Water”, dijangka akan ditayangkan di Disney+.

“Murky Water” ialah drama sejarah fiksyen yang bermula di Mapo Naru, kawasan ekonomi dan logistik utama di Joseon, dengan seorang lelaki yang bermula sebagai penjenayah dan akhirnya menjadi legenda Joseon disebabkan oleh keberaniannya.

Sebelum ini, berita mengenai Rowoon yang dipilih sebagai pelakon utama bagi drama ini telah tersebar luas, dan agensinya iaitu FNC Entertainment telah mengesahkan bahawa pelakon itu telah menerima projek drama tersebut.

Manakala, penglibatan Park Seo-ham di dalam drama ini belum lagi disahkan oleh agensi pelakon tersebut.

rowoon park seoham

Drama “Murky Water” ini akan diarahkan oleh pengarah Choi Chang-min yang terkenal dengan filem “Masquerade” dan ditulis oleh penulis skrip Cheon Sung-il.

Dengan penglibatan pengarah dan penulis yang hebat, “Murky Water” pastinya menjadi drama yang ditunggu-tunggu oleh peminat K-Drama dan penggambaran akan dimulakan pada Februari 2024.

Korang dah sedia ke belum nak tonton drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...