Utama Drama Korea Kisah Dunia Politik, Siri Netflix ‘Queen Maker’ Lancar Video Trailer Pertama

Kisah Dunia Politik, Siri Netflix ‘Queen Maker’ Lancar Video Trailer Pertama

drama Queen Maker Netflix

Nampaknya tahun ini, kita akan disajikan dengan K-Drama baru lagi di Netflix.

Terkini, Netflix telah mengesahkan tarikh tayangan bagi drama “Queen Maker” iaitu pada 14 April ini dan turut mengeluarkan video trailer untuk drama tersebut.

Untuk maklumat, drama “Queen Maker” ini mengisahkan tentang wanita yang bernama Hwang Do-hee (lakonan Kim Hee-ae) seorang yang genius dalam pembuatan imej dan mendominasi bahagian perancangan strategik di sebuah syarikat yang besar serta dia ingin menjadi seperti Oh Gyeong-sook (lakonan Moon So-ri), merupakan seorang peguam yang menjaga hak asasi manusia.

Dalam video trailer tersebut, Hwang Do-hee dan Oh Gyeong-sook perlu bekerjasama untuk memasuki dunia politik dan mereka perlu menewaskan kuasa-kuasa jahat yang ada dalam politik Korea.  

Nantikan drama “Queen Maker” ini akan dikeluarkan di Netflix pada 14 April ini. Jangan lupa tonton okay!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERSports Chosun
Loading...