Ikuti Kami:

Moon Sori & Park Haejoon Dilamar Sertai IU & Park Bogum Dalam ‘You Have Done Well’

Moon Sori & Park Haejoon Dilamar Sertai IU & Park Bogum Dalam ‘You Have Done Well’

Selepas IU dan Park Bo-gum diumumkan bakal menerajui drama “You Have Done Well”, kini Moon So-ri dan Park Hae-joon berkemungkinan akan sertai mereka.

Terbaru, produksi mengumumkan bahawa pelakon Moon So-ri dan Park Hae-joon telah ditawarkan untuk membintangi dalam sebuah drama bertajuk “You Have Done Well”

Untuk pengetahuan, “You Have Done Well” akan menceritakan kisah hidup Ae-soon dan Gwan-shik yang dilahirkan di Pulau Jeju pada tahun 1950-an.

Sebelum ini, IU dan Park Bo-gum telah disahkan akan memegang watak sebagai Ae-soon dan Gwan-shik ketika waktu muda.

Moon Sori dan Park Haejoon

Sekiranya Moon So-ri dan Park Hae-joon menerima tawaran untuk muncul dalam “You Have Done Well”, mereka akan memainkan watak sebagai Ae-soon dan Gwan-sik ketika dewasa.

Wah, tak sabarnya nak tengok drama ini nanti!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...