Ada tak yang dah rindukan gandingan antara Lee Dong-wook dan Wi Ha-joon?
Berita gembira buat semua yang masih belum berkesempatan untuk menonton “Bad And Crazy”, drama tersebut bakal ditayangkan di Netflix pada hujung Mac ini.
“Bad And Crazy” mengisahkan tentang protagonis yang menjalani kehidupannya sebagai detektif yang materialistik. Namun pada suatu hari, dia bertemu seorang adiwira yang menentang korupsi dalam institusi kepolisan bernama ‘K’. Ianya diterajui oleh Lee Dong-wook, Wi Ha-joon, Han Ji-eun dan Cha Hak-nyeon.
Kepada mereka yang masih belum menonton drama ini atau sesiapa yang ingin maraton kembali “Bad And Crazy”, ianya boleh ditonton di Netflix bermula pada 28 Mac ini.
Jangan lupa set reminder tau!