Setelah 12 episod menghiburkan semua, “Bad And Crazy” akhirnya mengucapkan selamat tinggal buat semua kelmarin.
Sinopsis
“Bad And Crazy” mengisahkan protagonis yang menjalani kehidupannya sebagai detektif yang materialistik. Namun pada suatu hari, dia bertemu seorang adiwira yang menentang korupsi dalam institusi kepolisan bernama ‘K’.
Kembali seperti biasa
[Amaran SPOILER]
Melalui pelbagai kesukaran, Ryu Su-yeol (Lee Dong-wook) akhirnya berjaya meloloskan diri dari pusat rawatan mental dan menghapuskan Yun-ho menerusi pelan bijaknya. Meskipun diminta untuk menipu mengenai kewujudan ‘K’ (Wi Ha-joon) supaya dia dapat kembali bekerja sebagai detektif, tapi lelaki itu tidak dapat melupakan jasa identiti dirinya yang lain itu dan memilih untuk berhenti kerja.
Dalam pada itu, ‘K’ juga menghilangkan diri selepas kes itu berjaya diselesaikan. Ryu Su-yeol kemudian bekerja di restoran pizza milik ibunya namun kemarahan orang ramai apabila mengetahui ceritanya membuatkan mereka ‘menyerang’ laman web rasmi polis. Dia kemudiannya dipanggil semula bekerja selain meneruskan hubungan baik bersama Hee-gyeom (Han Ji-eun).
Rating biasa
Untuk episod akhir, “Bad And Crazy” berjaya bangkit daripada rating terendah yang direkodkan semasa episod sebelumnya. Penamat drama itu telah meraih angka 2.8% iaitu 0.5% peningkatan dari episod 15.
Okay tak ending?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.