Park Eun-bin akan kembali dengan drama baharu selepas dia mengesahkan penglibatannya dalam “Hyper Knife”.
“Hyper Knife” merupakan drama thriller jenayah perubatan yang mengisahkan tentang seorang doktor yang bertemu semula dengan mentornya, yang pernah merosakkan hidupnya.
Dalam drama ini, Park Eun-bin akan memegang watak sebagai Jung Se-ok. Seorang gadis yang diterima masuk ke sekolah perubatan pada usia 17 tahun. Namun, diharamkan selama-lamanya untuk memasuki bilik pembedahan oleh profesornya, Choi Deok-hee (Seol Kyung-gu).
Disebabkan itu, Jung Se-ok telah menjalani kehidupan rahsia sebagai doktor bayangan di klinik pembedahan haram.
Selain itu, dikenali dengan kebolehannya membawa pelbagai jenis watak, rata-rata peminat serta penonton telah meletakkan jangkaan yang tinggi terhadap drama ini.
Drama “Hyper Knife” ini juga telah memulakan penggambaran mereka dan tarikh tayangan akan diumumkan kelak.
Macam seronok je jalan cerita dia.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.