Siap sedia semua untuk tonton drama baru yang akan dibarisi ramai pelakon hebat!
Terbaru pada 8 Mac, Na In-woo dilapor akan membintangi drama “Marry My Husband”. Tidak lama kemudian, agensi pelakon itu memberi respon,
Dia sudah menerima tawaran untuk muncul dalam ‘Marry My Husband’ dan tiada apa yang diputuskan lagi.
Sebelum ini, Park Min-young dan Lee Yi-kyung turut menerima tawaran untuk tampil dalam drama yang sama dan masih dalam perbincangan kini.
Untuk pengetahuan, “Marry My Husband” mengisahkan tentang seorang wanita bernama Kang Ji-won yang menhidapi penyakit membawa maut dan menyaksikan kecurangan antara suami dan rakan baiknya sendiri. Dia kembali ke 10 tahun kemudiannya bagi membalas dendam terhadap suami yang membunuhnya.
Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉