Park Minyoung Dilamar Terajui ‘Marry My Husband’ Bersama Lee Yikyung
- oleh Ainun
- 3 tahuns lalu
Ha, pelakon Park Min-young akan terajui drama baru?
Artikel Berkaitan
Terkini, pelakon Park Min-young telah menerima tawaran untuk muncul dalam sebuah drama yang diadaptasikan dari webtoon bertajuk “Marry My Husband”.
Agensi pelakon itu memberitahu bahawa,
Park Min-young sedang meneliti tawaran untuk berlakon dalam drama ‘Marry My Husband’ tetapi tiada kata putus lagi.

Sedikit info, “Marry My Husband” mengisahkan tentang seorang wanita Kang Ji-won yang menghidapi penyakit membawa maut dan menyaksikan kecurangan antara suami dan rakan baiknya sendiri. Dia kembali ke 10 tahun kemudiannya bagi membalas dendam terhadap suami yang membunuhnya.
Sebelum ini, Lee Yi-kyung turut dilamar terajui drama yang sama memegang watak sebagai Park Min-hwan iaitu si suami yang ditangkap menduakan isterinya dan kemudian membunuh wanita itu.
Sementara itu, drama terakhir Park Min-young adalah “Love In Contract” pada bulan November yang lalu.
Tak sabar nak tengok drama “Marry My Husband” ni nanti!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




