Ikuti Kami:

Kisah Cinta Menyayat Hati, Pyo Yejin Dilamar Sertai Kim Youngdae Dalam Drama Baru

Kisah Cinta Menyayat Hati, Pyo Yejin Dilamar Sertai Kim Youngdae Dalam Drama Baru

Nampaknya, penonton berkemungkinan akan dapat lihat gandingan Pyo Ye-jin bersama Kim Young-dae dalam sebuah drama.

Terbaru, Pyo Ye-jin dilapor telah menerima tawaran untuk terajui drama baru berjudul “The Moon That Rises During The Day”. Tidak lama kemudian, agensi pelakon itu memberi respon,

Pyo Ye-jin telah menerima tawaran untuk muncul dalam drama itu dan sedang menelitinya secara positif kini.

Sebelum ini, Kim Young-dae juga telah ditawar untuk terajui drama yang sama dan masih dalam proses perbincangan.

kim youngdae pyo yejin

Untuk pengetahuan, “The Moon That Rises During The Day” mengisahkan tentang perjalanan cinta yang menyayat hati dan telah tersimpan selama 1500 tahun. Drama ini akan memaparkan bagaimana seorang lelaki yang berulang-alik dari masa lalu dan masa kini demi mencari kekasih hatinya yang sering hilang.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai drama ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...