Ikuti Kami:

Kisah Cinta Melo & Pembalasan Dendam, Ini Sebab WAJIB Tonton ‘Call It Love’ Di Disney+ Kini

Kisah Cinta Melo & Pembalasan Dendam, Ini Sebab WAJIB Tonton ‘Call It Love’ Di Disney+ Kini

Siapa yang meminati naskhah melodramatik, pastinya tidak mahu terlepas untuk menonton “Call It Love” di Disney+.

Terbaru, KimchiDaily berpeluang untuk menyertai sidang media bagi meraikan tayangan “Call It Love”. Menerusi acara itu, kami berpeluang mengenali dengan lebih lanjut drama berkenaan.

Sinopsis

Ia menggambarkan kisah seorang lelaki dan seorang wanita yang keletihan dari realiti keras mereka namun, mula memahami satu sama lain dengan emosi baru dan mendapati diri mereka beransur-ansur berubah.

disney+ call it love

Perkongsian pelakon dan pengarah

Menurut pengarah “Call It Love”, siri ini akan memaparkan kisah cinta dengan perlahan sekaligus membantu penonton untuk memahami dan mendalami kisah setiap watak.

Siri ini memaparkan kehidupan orang biasa. Kesemua pelakon benar-benar menjayakan watak mereka hingga saya hanya perlu membawa kamera sahaja untuk merakamkan persembahan itu.

Ramai yang menantikan siri ini kerana tahu mengenai hubungan rapat antara Lee Sung-kyung dan Kim Young-kwang. Pun begitu, keduanya menjelaskan bahawa mereka mengelak daripada rapat ketika penggambaran bagi menjiwai watak itu dengan lebih mendalam.

disney+ call it love

Ulas Kim Young-kwang,

Dong-jin ialah seorang yang sunyi dan memendam isu dengan lama tanpa mampu untuk menyelesaikannya. Saya cuba menjauhkan diri dari Lee Sung-kyung kerana tak mahu terkeluar dari persona Han Dong-jin. Sebab kami rapat, rasa macam tak kena untuk bergurau dan melawak dengannya di set.

Review awal

[Amaran SPOILER]

Untuk episod awal ini, para penonton dibawa menelusuri kehidupan malang Shim Woo-joo (Lee Sung-kyung) yang seperti jatuh ditimpa tangga selepas keluarganya ditendang daripada rumah sendiri dek dianiaya perempuan simpanan ayah mereka.

disney+ call it love

Bagi membalas dendam, wanita itu mula bekerja separuh masa di pejabat dimiliki oleh Han Dong-jin yang merupakan anak kepada perempuan simpanan tersebut. Walau bagaimanapun, misi untuk membalas dendam itu semakin sukar apabila Shim Woo-joo dan lelaki berkenaan sepertinya mempunyai titik lembut buat satu sama lain.

Korang dah layan ke?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...