Siap sedia semua untuk filem baru yang akan dibarisi pelakon hebat!
Terbaru, filem percintaan remaja yang melangkaui masa berjudul “Similar”, telah mengesahkan tayangan perdananya di pawagam seluruh Korea pada bulan November ini.
“Similar” mengikuti kisah seorang wanita yang hidup pada penghujung 1970-an yang hidupnya terjalin dengan seorang lelaki yang hidup pada masa kini, selepas dua individu secara tidak sengaja dihubungkan melalui radio lama. Ianya akan diterajui oleh Yeo Jin-goo, Kim Hye-yoon, Cho Yi-hyun, Na In-woo dan Bae In-hyuk.
https://twitter.com/gogo__studio/status/1577071001799729171
Untuk pengetahuan, “Similar” adalah filem pembuatan semula dari “Ditto” lakonan Kim Ha-neul dan Yoo Ji-tae, yang ditayangkan pada tahun 2000.
Menjelang tayangan perdananya pada November ini, “Similar” telah melancarkan poster pertamanya, menambah keterujaan penonton untuk menyaksikan filem ini.
Nantikan filem “Similar” akan ditayangkan pada 16 November nanti!