Ikuti Kami:

Yeo Jingoo, Kim Hyeyoon, Cho Yihyun & Na Inwoo Sah Terajui Filem Remake ‘Ditto’

Yeo Jingoo, Kim Hyeyoon, Cho Yihyun & Na Inwoo Sah Terajui Filem Remake ‘Ditto’

Siapa pernah layan filem “Ditto” yang ditayangkan pada tahun 2000 dahulu?

Pada 14 April, barisan pelakon bagi filem pembuatan semula “Ditto” berjudul “Sympathy” telah pun disahkan. “Sympathy” mengikuti kisah seorang wanita yang hidup pada penghujung 1970-an yang hidupnya terjalin dengan seorang lelaki yang hidup pada masa kini, selepas dua individu secara tidak sengaja dihubungkan melalui radio lama. Ianya akan diterajui oleh Yeo Jin-goo, Kim Hye-yoon, Cho Yi-hyun, Na In-woo dan Bae In-hyuk.

Pertama sekali, Yeo Jin-goo akan memegang watak Moo-nui, seorang pelajar yang kembali dari jabatan kejuruteraan mekanikal. Manakala Kim Hye-yoon akan membawa watak Han-sol yang akan menunjukkan daya tarikan yang tidak dapat dilupakan dan juga merupakan cinta pertama Moo-nui.

Kemudian, Cho Yi-hyun telah dipilih untuk membawa peranan pelajar Jabatan Sosiologi pada semester ke-21. Dia dijangka akan melakonkan watak yang berbeza sama sekali dengan drama bersiri Netflix “All Of Us Are Dead”. Na In-woo pula akan berperan sebagai Yeong-ji, teman rapat mesra kepada Moo-nui dan akhir sekali Bae In-hyuk akan menyertai sebagai watak Eun-seong, kawan rapat yang mencurigakan.

yeo jingoo kim hyeyoon cho yihyun na inwoo

Sementara itu, “Sympathy” akan memulakan penggambarannya pada Mei ini, selepas pemilihan barisan pelakon penuh telah disahkan.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...