Ikuti Kami:

Kisah Cinta Gadis Pekak, Roh Yoonseo & Hong Kyung Dilamar Terajui Filem ‘Hear Me’

Kisah Cinta Gadis Pekak, Roh Yoonseo & Hong Kyung Dilamar Terajui Filem ‘Hear Me’

Berjaya membuktikan bakat lakonan yang hebat, Roh Yoon-seo dan Hong Kyung adalah antara pelakon yang semakin meningkat naik kini.

Terbaru pada 16 Mei, Roh Yoon-seo dan Hong Kyung dilapor telah menerima tawaran untuk terajui filem popular Taiwan “Hear Me” versi Korea.

Tidak lama kemudian, agensi kedua pelakon itu mengesahkan bahawa memang benar mereka ditawar untuk memainkan watak utama dalam filem itu dan sedang menelitinya secara positif.

Untuk pengetahuan, “Hear Me” adalah filem popular Taiwan, yang memaparkan kisah cinta antara seorang gadis pekak dan seorang lelaki yang jatuh cinta padanya pada pandangan pertama. Bakal diubah menjadi versi Korea, naskhah tersebut dijangka akan ada perubahan dalam beberapa plot cerita.

roh yoonseo hong kyung

Sementara itu, Roh Yoon-seo semakin dikenali ramai menerusi drama “Our Blues” dan “Crash Course in Romance” manakala Hong Kyung telah mendapat perhatian dengan wataknya dalam “Weak Hero Class 1”.

Nantikan maklumat lanjut filem “Hear Me” versi Korea!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...