Utama Drama Korea Kisah Cinta CEO & Bapa Tunggal, Han Jimin & Lee Joonhyuk Sah...

Kisah Cinta CEO & Bapa Tunggal, Han Jimin & Lee Joonhyuk Sah Terajui ‘Between Greetings’

between greetings

Gabungan dua pelakon hebat!

Drama terbaru SBS iaitu “Between Greetings” yang mengisahkan tentang kisah percintaan di tempat kerja telah mengumumkan bahawa watak utama bagi drama tersebut akan dilakonkan oleh Han Ji-min dan Lee Joon-hyuk.

Ditulis oleh penulis Kim Ji-eun dan diarahkan oleh pengarah Ham Choon-ho, drama ini dijangka akan menunjukkan hubungan percintaan antara seorang pengarah syarikat yang mementingkan kerjanya dengan seorang setiausaha yang mahir dalam menjaga budak serta melakukan kerja rumah.

between greetings drama

Di mana, Han Ji-min merupakan seorang pengarah syarikat yang telah mengabdikan dirinya dengan kerjaya sehingga tidak tahu untuk melakukan perkara lain selain kerja.

Manakala, Lee Joon-hyuk pula merupakan seorang setiausaha yang juga merupakan bapa tunggal kepada seorang kanak-kanak berusia 6 tahun dan mahir dalam melakukan kerja rumah.

Drama ini dijangka akan mula ditayangkan pada tahun 2024.

Macam menarik kan drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBEROSEN
Loading...