Ikuti Kami:

Kisah Cinta Anak Murid & Guru Seni, ‘Dare To Love Me’ Diterajui Kim Myungsoo Umum Tarikh Tayangan

Kisah Cinta Anak Murid & Guru Seni, ‘Dare To Love Me’ Diterajui Kim Myungsoo Umum Tarikh Tayangan

Drama terbaru Kim Myung-soo akan mula ditayangkan tak lama lagi!

Diadaptasikan dari Webtoon dengan tajuk yang sama, “Dare To Love Me” merupakan drama romantik komedi yang mengisahkan tentang Shin Yoon-bok, seorang lelaki yang sangat mempercayai nilai-nilai Konfusianisme dengan guru seninya, Kang Hong-do.

Kim Myung-soo ataupun lebih dikenali sebagai L INFINITE akan memegang watak sebagai Shin Yoon-bok, seorang yang baik dengan orang lain tetapi tegas dengan dirinya sendiri.

Manakala, Lee Yoo-young pula akan melakonkan watak sebagai Kim Hong-do. Seorang guru seni yang tidak dihormati dalam industri reka bentuk namun masih tidak berputus asa dengan impiannya untuk menjadi seorang pereka terkenal.

kim-myungsoo-drama

Drama ini akan menunjukkan perjalanan hidup Shin Yoon-bok setelah melarikan diri dari rumah dan pergi ke Seoul untuk mengejar impiannya menjadi penulis Webtoon. Namun, kehidupannya mula berubah selepas bertemu dengan pasangan jiwanya, Kim Hong-do.

Drama yang diterajui oleh Kim Myung-soo ini akan mula disiarkan bermula 13 Mei ini.

Tak sabarnya nak tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsen

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...