Ikuti Kami:

Kisah Buli Di Sekolah, ‘Weak Hero Class 1’ Jadi Bualan Penonton Kini Dek Plot & Lakonan Mantap

Kisah Buli Di Sekolah, ‘Weak Hero Class 1’ Jadi Bualan Penonton Kini Dek Plot & Lakonan Mantap

Nampaknya, ada banyak K-Drama baru yang ditayangkan pada bulan November ini.

Salah satunya adalah drama “Weak Hero Class 1” yang sedang menjadi buah mulut penonton kini.

Bagi yang belum tahu, “Weak Hero Class 1” mengisahkan tentang seorang pelajar contoh yang cemerlang di sekolah, tetapi menjadi sasaran mudah pembuli kerana kelemahan fizikalnya. Oleh itu, dia akan melawan menggunakan otaknya. Ianya dibintangi Park Ji-hoon, Choi Hyun-wook, Hong Kyung, Lee Yeon dan Shin Seung-ho.

Hanya sehari selepas ditayangkan iaitu pada 18 November, drama tersebut telah berjaya mendahului senarai drama berbayar pada tahun 2022.

wavve weak hero class 1

Khususnya, penonton kagum dengan betapa realistiknya watak-watak dalam drama tersebut memaparkan babak buli, pergaduhan dan ketidakadilan yang berlaku di dalam sekolah.

Bukan itu sahaja, “Weak Hero Class 1” turut berkongsi gambaran tentang kebimbangan dan pengalaman orang ramai dalam kehidupan remaja mereka termasuk persahataban, impian, ketidakpastian dan keinginan untuk mempunyai masa depan yang cerah.

Tambahan pula, lakonan Park Ji-hoon sebagai Yeon Si-eun iaitu pelajar sekolah yang dibuli dalam siri ini, turut mendapat perhatian dan dipuji ramai dek eskpresinya yang meninggalkan impak di hati penonton.

Antara komen penonton mengenai drama ini:

Tidak ada yang kurang dalam cerita ini, dari pelakon hingga kecantikan visual.

 

Saya membatalkan janji temu hujung minggu saya untuk tonton drama ini.

 

Park Ji-hoon layak terima anugerah untuk lakonannya dalam siri ini!

Jangan lepaskan peluang untuk tonton “Weak Hero Class 1” di laman Wavve sekarang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...