Ikuti Kami:

Kisah Bos & Staf Kelakar, ‘Unicorn’ Tamat Dengan Pujian

Kisah Bos & Staf Kelakar, ‘Unicorn’ Tamat Dengan Pujian

“Unicorn” boleh diangkat sebagai antara drama Korea yang kelakar dan huru-hara untuk tahun ini.

Kelmarin, drama berkenaan telah pun menamatkan siarannya dan tidak menghampakan apabila ia berakhir dengan plot yang ‘masuk air’.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod terakhir ini, Steve terus berusaha mencari jalan untuk menaikkan semula jumlah pengguna mereka dengan merancang pelbagai kisah teladan seperti menyelamatkan bisnes kecil, membantu orang kemalangan dan lain-lain namun tetap menemui kegagalan.

Keadaan semakin genting apabila Maccom berkemungkinan bakal dibeli oleh Root, iaitu rakan perniagaan lama Steve. Dalam usaha perlawanan membeli stok antara mereka, Steve yang hampir kalah dengan hanya 49% saham berjaya diselamatkan oleh Ashley yang bertindak bijak dengan memilik 1.02% sekaligus menolak Root daripada mengambil alih syarikat berkenaan.

coupang play unicorn

Rata-rata penonton memuji plot ‘gila’ yang dipaparkan kerana ianya berjaya membuatkan mereka tertawa pada saban episod. Malah setiap watak memaparkan karakter yang mampu menyentuh hati ramai sekaligus mereka menerima sokongan penonton.

Dalam pada itu, ramai memuji Shin Ha-kyun kerana mampu membawa watak CEO ‘gila’ dengan baiknya. Bukan itu sahaja, setiap watak lain di dalam “Unicorn” seperti Won Jin-ah, Lee Yoo-jin, Bae Yoon-kyung dan ramai lagi merupakan perencah terbaik bagi menaikkan lagi perisa “Unicorn”.

Korang layan tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...