Ikuti Kami:

Kisah Bisnes Atur Perkahwinan, Gong Yoo & Seo Hyunjin Sah Terajui ‘The Trunk’

Kisah Bisnes Atur Perkahwinan, Gong Yoo & Seo Hyunjin Sah Terajui ‘The Trunk’

Kita bakalan ada pasangan baru yang pastinya akan menggegarkan dunia K-Drama korang!

Akhirnya, Netflix telah mengesahkan bahawa Gong Yoo dan Seo Hyun-jin akan menerajui siri “Trunk”.

Untuk pengetahuan, drama itu mengisahkan tentang agensi perkhidmatan perkahwinan, yang akan mengatur kehidupan mereka dengan pasangan yang diingankan.

Gong Yoo akan membawa watak sebagai Han Jeong-won, seorang penerbit muzik yang percaya bahawa semua perkahwinan di dunia adalah penipuan. Manakala Seo Hyun-jin akan melakonkan watak sebagai Noh In-ji, timbalan pengarah NM, yang tidak berkahwin tetapi tugasnya adalah mengatur perkahwinan orang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netflix Korea (@netflixkr)

Walau bagaimanapun, belum ada tarikh tayangan rasmi lagi untuk siri ini.

Tak sabarnya nak tengok!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...