Siapa sangka Gong Yoo dan Lee Dong-wook pernah ‘bergaduh’ sebelum ini?
Dalam episod pertama program “Salon Drip” yang dimuat naik di saluran YouTube ‘TEO’ baru-baru ini, Gong Yoo tergelak apabila ditanya soalan cepu mas mengenai hubungannya bersama rakan baik, Lee Dong-wook.
Tanya Jang Do-yeon,
Saya dengan khabar angin pergaduhan antara awak dan Lee Dong-wook. Ada kata awak bergaduh di tempat memancing kerana seorang wanita.
Balas Gong Yoo berseloroh,
Bukan awak ke wanita itu?
Respon Jeon Do-yeon tertawa,
Matilah saya, saya tak akan tanya lagi soalan ini.
Dalam pada itu, wanita tersebut turut bercerita mengenai Son Suk-ku yang memilihnya sebagai wanita idaman.
Bestie kot Lee Dong-wook dan Gong Yoo.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉