Siap sedia semua untuk saksikan kemunculan semula Moon Chae-won dalam drama baru!
Untuk pengetahuan, Moon Chae-won akan kembali menemui penonton menerusi drama “Payback”, yang menceritakan kisah balas dendam yang mendebarkan tentang mereka yang akan mempertaruhkan segala-galanya, untuk melawan kartel wang yang telah bersekongkol dengan undang-undang.
Dalam “Payback”, Moon Chae-won akan menghidupkan watak Mejar Tentera Park Joon-kyung, seorang pegawai kehakiman elit yang lulus peperiksaan peguam dan lulus dari institut latihan dengan markah tertinggi.
https://twitter.com/SBSNOW/status/1602567367908737024?s=20&t=SBccqww7hW49VnKRLxChXg
Walaupun menjadi pendakwa yang paling jujur dan adil, Park Joon-kyung bersumpah untuk membalas dendam selepas ibunya menjadi mangsa kejahatan yang dahsyat dan meninggal dunia dalam kematian misteri dengan banyak soalan yang tidak terjawab.
Terbaru, SBS telah melancarkan foto pertama Moon Chae-won dari drama tersebut, di mana dia dilihat memakai pakaian seragam dengan matanya yang penuh karisma.
Dalam pada itu, drama “Payback” akan mula ditayangkan pada 6 Januari nanti. Jangan lupa tonton!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.