Ikuti Kami:

Kisah Bagaimana Babak Pakai Baju Tanpa Bra Dirakam Dalam ‘The Glory’ Didedahkan

Kisah Bagaimana Babak Pakai Baju Tanpa Bra Dirakam Dalam ‘The Glory’ Didedahkan

Akhirnya kisah di sebalik tabir mengenai babak tular dalam “The Glory” telah pun dirungkai.

Bagi yang tidak mengetahui, siri Netflix ini mengisahkan Moon Dong-eun yang memulakan misi balas dendam buat pembulinya ketika zaman sekolah setelah menginjak dewasa.

Babak yang dimaksudkan ialah di mana Shin Ye-eun (watak remaja Park Yeon-jin) dan Song Ji-woo (watak remaja Choi Hye-jeong) telah mengganggu khutbah di gereja dengan memakai baju putih sahaja tanpa bra di dalamnya hingga menimbulkan ketidakselesaan pengunjung lain.

Selepas babak ini bersiaran, lakonan Shin Ye-eun yang meyakinkan mula tular di serata laman komuniti dek keangkuhan watak berkenaan selain merasakan hal berkenaan menyeronokkan.

the glory no bra

Berdasarkan pendedahan baru mengenai babak ini, ianya bukanlah dirakam menggunakan badan pelakon tersebut tetapi arca (sculpture) yang menyerupai buah dada di dalam baju putih dipakainya.

Walaupun palsu semata-mata, namun persembahan lakonan meyakinkan para pelakon dan penghayatan yang mendalam menjadikan ia sebagai salah satu babak yang paling diingati ramai.

Dalam pada itu, Shin Ye-eun sedang menerajui drama bersejarah “The Secret Romantic Guesthouse” bersama Ryeoun, Kang Hoon dan ramai lagi di SBS kini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...