Ikuti Kami:

“Saya Malu” – Song Jiwoo Ulas Babak Mengancam Pakai Baju Tanpa Bra & Cium Guru Dalam ‘The Glory’

“Saya Malu” – Song Jiwoo Ulas Babak Mengancam Pakai Baju Tanpa Bra & Cium Guru Dalam ‘The Glory’

Bukan sahaja kerana plot yang memuaskan namun kejayaan “The Glory” juga boleh dikatakan berpunca dari kehebatan lakonan para pelakon yang membintanginya.

Dari pelakon utama yang membawa watak dewasa, pujian juga harus diberikan buat barisan pelakon yang menjayakan watak remaja di dalamnya. Antara nama yang mendapat perhatian penonton ialah Song Ji-woo, di mana dia bertanggungjawab menghidupkan watak Choi Hye-jeong semasa di sekolah.

Bahkan babak yang dilakonkan pelakon berusia 25 tahun itu merupakan antara yang ekstrem kerana melibatkan babak intim seperti bercium dengan guru di sekolahnya bagi mendapatkan kunci gim dan menyarungkan baju putih tanpa pakaian dalam di rumah keagamaan.

netflix the glory 2

Respon wanita itu sekiranya dia berasa jelek mengenai babak mengancam berkenaan,

Pengarah telah menjelaskan semuanya mengenai babak tegang itu semasa perjumpaan terakhir. Dia bertanya dahulu, ‘Ada babak seperti ini, awak okay ke?’. Dia merakam babak memakai baju tanpa bra di dalam gereja bersama Shin Ye-eun dengan penuh pertimbangan. Dia juga turut meminta saya memahaminya sejak awal lagi dan berkata, ‘Saya akan memastikan awak berdua tak berasa tak selesa’.

Kongsinya, babak ini merupakan kali kedua dia bercium di dalam drama di mana yang pertama ialah bersama Yoo Tae-oh untuk drama “Love To Hate You”. Jelas Song Ji-woo lagi,

Bagi Choi Hye-jeong, babak ini diperlukan kerana dia mahu menunjukkan kepada rakan-rakan lain bahawa dia juga boleh menyumbangkan sesuatu selain turut mengesahkan kedudukannya di dalam kumpulan tersebut.

song jiwoo

Mengenai babak tidak memakai bra pula,

Ia merupakan bahagian yang disediakan oleh pihak produksi. Walaupun sedikit malu tapi saya okay sahaja kerana babak itu bukanlah ‘real’ pun. Tapi ramai yang menyangka babak itu benar-benar dirakam.

Tak sabar nak tengok Song Ji-woo dalam drama lain!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...