Ikuti Kami:

Kisah Artis Jadi Wartawan, Yoo Joonsang Bakal Sertai Gong Seungyeon Dalam Drama Baru

Kisah Artis Jadi Wartawan, Yoo Joonsang Bakal Sertai Gong Seungyeon Dalam Drama Baru

Siap sedia semua untuk saksikan gandingan Yoo Joon-sang dan Gong Seung-yeon dalam sebuah drama!

Terbaru, Yoo Joon-sang telah diumumkan bakal sertai Gong Seung-yeon dalam drama “I Will Travel For You”, yang akan membawa kisah Kang Yeo-reum (Gong Seung-yeon) iaitu bekas ahli kumpulan idola yang bekerja sebagai wartawan segmen pelancongan ‘One Day Travel’, yang memberikan pelbagai info mengenai kehidupan.

Dalam drama ini, Yoo Joon-sang akan menghidupkan watak Oh Sang-sik, seorang Ketua Pegawai Eksekutif Ogu Entertainment, sebuah agensi kepada Kang Yeo-reum. Dilahirkan sebagai anak bongsu kepada keluarga doktor, Oh Sang-sik telah melalui pelbagai pasang surut dalam hidupnya daripada menjadi seorang peninju kepada seorang CEO sebuah syarikat hiburan.

yoo joonsang gong seungyeon

Dalam pada itu, penggambaran untuk “I Will Travel For You” telah bermula namun, jadual siaran masih dalam perbincangan lagi setakat ini.

Nantikan maklumat lanjut!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...