Ikuti Kami:

Gong Seungyeon Sah Terajui Drama Adaptasi Jepun ‘I Will Travel For You’

Gong Seungyeon Sah Terajui Drama Adaptasi Jepun ‘I Will Travel For You’

Berita baik! Gong Seung-yeon bakal menerajui drama baru bertajuk “I Will Travel For You”.

Drama diadaptasi daripada novel Jepun ini membawa kisah Kang Yeo-reum iaitu bekas ahli kumpulan idola yang bekerja sebagai wartawan segmen pelancongan ‘One Day Travel’ yang memberikan pelbagai info mengenai kehidupan selama 5 tahun kini.

Gong Seung-yeon disahkan bakal menjayakan watak Kang yeo-reum di mana dia mempunyai personaliti yang baik dan optimistik sehingga ke tahap tiada siapa pernah melihatnya berkerut semasa bekerja. Tapi sebenarnya dia menyimpan perasaan gusar mengenai masa hadapan di dalam hatinya.

gong seungyeon

Walau bagaimanapun, tiada maklumat lain yang didedahkan mengenai siri berkenaan setakat ini lagi.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...