Ikuti Kami:

Kisah 3 Remaja, Hwang Inyoup & Jung Chaeyeon Dilapor Bakal Terajui Drama ‘Assembled Family’

Kisah 3 Remaja, Hwang Inyoup & Jung Chaeyeon Dilapor Bakal Terajui Drama ‘Assembled Family’

Ada tak sesiapa yang pernah layan drama Cina berjudul “Go Ahead”?

Terbaru pada 19 April, Hwang In-youp dan Jung Chae-yeon dilapor telah menerima tawaran untuk terajui drama berjudul “Assembled Family”.

Bagaimanapun, agensi bagi kedua pelakon itu masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi setakat ini.

Untuk pengeahuan, “Assembled Family” adalah berdasarkan drama Cina Popular “Go Ahead” yang mengisahkan tentang tiga lelaki yang menghabiskan masa remaja mereka bersama-sama dan bergantung antara satu sama lain sambil membawa luka yang diterima dari ibu bapa mereka.

drama cina go ahead

Tambahan, ini adalah karya yang akan menceritakan kisah cinta kekeluargaan, cinta romantis dan persahabatan di kalangan mereka yang bersatu semula selepas 10 tahun.

Terdahulu, drama asal “Go Ahead” telah mendapat populariti yang besar ketika ia disiarkan di Cina pada 2020 yang lalu dan menarik perhatian ramai penonton termasuklah di Korea.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut untuk versi Korea drama ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...