Ikuti Kami:

Kini Hamil, Honey J Umum Bakal Berkahwin Tahun Ini

Kini Hamil, Honey J Umum Bakal Berkahwin Tahun Ini

Honey J kini hamil dan bakal berkahwin? Omoo, tahniah!

Perkara itu disahkan sendiri oleh tuan badan, apabila dia membuat pengumuman melalui akaun Instagram sendiri. Honey J menyatakan bahawa dia bakal berkahwin dan kini sedang hamil. Mungkin dia tidak mahu berkongsi secara terperinci mengenai kekasih hatinya, namun Honey J tetap memuat naik gambar mereka secara ‘misteri’.

Honey J dalam kenyataannya berkata,

Hello, ini Honey J.

Saya tidak biasa memuat naik kapsyen panjang di ruangan ini jadi saya agak gementar. Walau bagaimanapun, saya ingin mengumumkan secara peribadi kepada semua orang berita gembira dan berkongsi kegembiraan itu bersama-sama.

Saya yang selama ini menganggap cinta sebagai yang paling berharga, telah bertemu seseorang yang membuatkan saya ingin mengimpikan masa depan bersama dan kami berjanji untuk sehidup semati. Dia seseorang yang sentiasa memikirkan saya terlebih dahulu dan memberi saya dengan kasih sayang dan perhatian. Saya juga mahu menjadi orang seperti itu untuknya.

Sebelum tahun ini berakhir, kami akan melangsungkan perkahwinan kami dan mengorak langkah ke arah masa depan kami bersama. Saya harap kalian semua akan senang dengan kehidupan baru  saya dengan pasangan saya, yang apabila kita bersama, membuatkan saya lebih bahagia daripada sesiapa pun. Kami akan hidup bahagia untuk masa yang lama.

honey jHoney J menambah,

Juga, saya ingin berkongsi satu lagi pengumuman gembira.
Tidak lama dahulu, satu ‘nyawa’ baru hadir kepada kami berdua. Saya akan cuba untuk bertemu dengan ‘orang baru’ ini yang telah menunjukkan kepada saya betapa bahagia tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, dengan sepenuh kasih sayang dan keikhlasan saya. Walaupun pada saat saya menulis ini, saya berbolak-balik antara perasaan kegembiraan dan tanggungjawab yang luar biasa.

Saya sangat gembira dapat berkongsi berita ini dengan semua orang yang telah memberi saya kasih sayang dan perhatian supaya saya dapat belajar untuk bersyukur setiap hari. Saya memohon sokongan dan restu semua.

Terima kasih!

Yay! Tahniah buat Honey J dan pasangan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...