Ikuti Kami:

Kini Dalam Tempoh Berehat & Pemulihan, Jeongyeon TWICE Sapa Peminat Di VLIVE

Kini Dalam Tempoh Berehat & Pemulihan, Jeongyeon TWICE Sapa Peminat Di VLIVE

Mesti ramai yang rindukan Jeong-yeon TWICE kan?

Pada 7 Februari, Jeong-yeon telah menyapa peminat menerusi siaran langsung yang dihoskannya bersama rakan sepasukannya Momo, di VLIVE. Sudah enam bulan sejak dia menghentikan semua aktivitinya kerana gangguan panik dan ‘anxiety’ pada Ogos tahun lalu.

Jeong-yeon kelihatan ceria, dan terus menyapa peminat,

Helo, sudah lama, ONCE (nama kelab peminat). Sudah agak lama saya tidak membuat VLIVE menunjukkan wajah saya kepada anda. Saya dalam keadaan baik sahaja.

Walau bagaimanapun, terlalu awal untuk mengharapkan kemunculannya semula. Seorang pegawai dari JYP Entertainment telah memberitahu Dispatch,

Jeong-yeon belum pulih sepenuhnya.

jeongyeon twice vlive

Bagi yang belum tahu, Jeong-yeon telah berehat beberapa kali sebelum ini kerana masalah kesihatannya semasa membuat promosi sebagai ahli TWICE. JYPE mengumumkan bahawa Jeong-yeon akan mengambil cuti pada Oktober 2020 hingga Ogos 2021. Namun, dia juga tidak sertai konsert TWICE yang diadakan di Seoul pada Disember lepas.

Harap-harap Jeong-yeon cepat pulih, dan akan kembali promosi sebagai TWICE!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...