Ikuti Kami:

Kim Youngkwang & Lee Youngae Bakal Terajui Drama Thriller ‘Eunsu’s Good Day’

Kim Youngkwang & Lee Youngae Bakal Terajui Drama Thriller ‘Eunsu’s Good Day’

Menurut laporan media, Kim Young-kwang akan membuat kemunculan dalam drama “Eunsu’s Good Day” bersama Lee Young-ae.

Untuk pengetahuan, drama thriller kemanusiaan ini membawa kisah seorang suri rumah berusia 40-an bernama Kang Eun-soo yang tanpa sengaja terlibat dengan kejadian tak dijangka selepas suaminya yang sakit mengambil dadah di jalanan.

Dalam drama ini, Kim Young-kwang memainkan watak Lee Baek, seorang guru seni yang mengajar kelas seni selepas sekolah di sekolah menengah tempat anak perempuan Kang Eun-soo bersekolah.

kim youngkwang

Lee Baek adalah seorang pemuda yang kelihatan sempurna dari segi rupa, personaliti, dan kekayaan, tetapi pada waktu malam, dia merupakan seorang pengedar dadah yang menyediakan dadah kepada anak-anak keluarga kaya di kelab terkenal di Gangnam.

Nantikan maklumat lanjut mengenai drama ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...