Ikuti Kami:

Kim Yoojung Umum Akan Berhenti Terima Hadiah Dari Peminat, Tapi Kenapa?

Kim Yoojung Umum Akan Berhenti Terima Hadiah Dari Peminat, Tapi Kenapa?

Seorang selebriti pastinya akan sentiasa menghargai sokongan setia yang diberikan oleh peminat mereka.

Terbaru pada 13 Mac, agensi bagi Kim Yoo-jung iaitu Awesome Entertainment, telah mengumumkan bahawa pelakon itu akan berhenti menerima hadiah dari peminat.

Tulis agensi di laman Instagram,

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan dan kasih sayang terhadap Kim Yoo-jung dan kami mempunyai mesej mengenai pemberian hadiah.

Pada masa ini, ramai peminat menghantar hadiah dengan ikhlas terhadap Kim Yoo-jung. Walau bagaimanapun, kerana kami menghormati pendapatnya bahawa sokongan peminat sahaja sudah cukup, kami tidak akan menerima sebarang hadiah peribadi daripada anda pada masa hadapan.

kim yoojung

Jelas mereka lagi,

Bagaimanapun, kami dengan hati terbuka akan terima sokongan di tapak penggambaran seperti jambangan bunga, kek dan surat tulisan tangan yang boleh menggembirakan ramai orang yang bekerja keras di set.

Kami menghargai pemahaman anda. Kami akan melakukan yang terbaik untuk membalas budi semua peminat.

Kim Yoo-jung pasti tahu apa yang terbaik buat dirinya dan peminat..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...