Penonton berkemungkinan akan disajikan dengan program hiburan travel yang menampilkan ramai pelakon hebat!

Menurut laporan media pada 13 Mei, PD Kim Seong-yoon sedang merancang program hiburan pelancongan baharu bersama pelakon yang pernah muncul dalam karya diarahkannya. Pelakon lelaki popular Park Bo-gum, Ji Chang-wook, Park Seo-joon dan Ahn Bo-hyun ialah selebriti yang telah dilamar untuk sertai rancangan ini. Kesemua mereka masih dalam proses menelitinya.
Terbaru pada 14 Mei, Kim Yoo-jung dari “Backstreet Rookie”, Choi Sung-eun dari “The Sound of Magic” dan Lee Joo-young dari “Itaewon Class” telah diumumkan sebagai pelakon wanita yang turut ditawar untuk sertai program travel ini.
Respon agensi Choi Sung-eun,
Kami sedang membincangkan penampilan dalam rancangan pelbagai PD Kim Seong-yoon.
Begitu juga dengan agensi Lee Joo-young,
Memang benar kami menerima tawaran itu.
Kim Yoo-jung turut dalam proses mempertimbangkan tawaran ini.
Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.