Utama Rancangan Hiburan Park Bogum, Ji Changwook, Park Seojoon & Ahn Bohyun Bakal Sertai Program...

Park Bogum, Ji Changwook, Park Seojoon & Ahn Bohyun Bakal Sertai Program Hiburan Travel Yang Sama?

ji changwook ahn bohyun park seojoon park bogum

Bayangkan ramai pelakon lelaki ‘hot’ muncul dalam satu program yang sama? Wow!

Menurut laporan media, Park Bo-gum, Park Seo-joon, Ji Chang-wook dan Ahn Bo-hyun dikhabarkan bakal menyertai sebuah program hiburan travel baru. Katanya, pengarah Kim Sung-yoon bakal menggabungkan kesemua pelakon yang pernah bekerja dengannya sebelum ini.

Undangan ini telah pun diberikan buat Park Bo-gum daripada drama “Love In The Moonlight”, Park Seo-joon dan Ahn Bo-hyun daripada drama “Itaewon Class” dan Ji Chang-wook daripada “The Sound Of Magic”.

park bogum park seojoon

Dikatakan kesemua pelakon ini akan muncul dalam suntingan solo dan juga bersama-sama. Walau bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai program ini masih lagi dalam perancangan.

Selepas khabar angin ini berterbangan, jawab agensi Park Seo-joon,

Pengarah Kim Sung-yoon ada menghubungi bagi memeriksa jadual sahaja.

Respon agensi Park Bo-gum,

Memang benar kami ada menerima tawaran daripada pengarah Kim Sung-yoon mengenai program baru itu.

ji changwook ahn bohyun

Balas agensi Ahn Bo-hyun pula,

Kami ada menerima tawaran pengarah Kim Sung-yoon dan sedang menelitinya dengan positif.

Jelas agensi Ji Chang-wook pula,

Kami ada menerima tawaran tapi belum ada perancangan konkrit lagi.

Kalau jadi, memang mantap lah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERYTN
Loading...