Ikuti Kami:

Kim Woobin Sengaja Elak Bergambar Dengan Shin Minah Di Belakang Tabir ‘Our Blues’?

Kim Woobin Sengaja Elak Bergambar Dengan Shin Minah Di Belakang Tabir ‘Our Blues’?

20 episod menghiburkan semua, “Our Blues” ternyata merupakan drama yang bakal diingati ramai peminat K-Drama untuk jangka masa yang lama.

Tak lupa untuk meluahkan rasa terujanya, Kim Woo-bin yang membawa watak kapten kapal iaitu Lee Jung-jun telah berkongsi beberapa foto di laman Instagram beserta ucapan syukurnya.

Terima kasih buat penonton yang menyokong ‘Our Blues’, ianya sangat menyejukkan hati dan membahagiakan. Semoga kita semua yang hidup ini terus berbahagia. Berbahagialah! Mesti!

Walau bagaimanapun, rata-rata penonton tertarik dengan foto yang dimuat naik di mana lelaki itu kelihatan duduk jauh daripada kekasihnya iaitu Shin Min-ah dalam foto kesemua kru produksi dan pelakon. Bahkan gambarnya bersama pelakon utama juga tidak kelihatan ada Shin Min-ah bersama mereka.

Malah ada yang mengatakan bahawa pasangan itu pandai membahagikan hubungan profesional dan peribadi sepanjang merakamkan drama “Our Blues”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...