Selepas 20 episod membawa perasaan penonton turun dan naik, “Our Blues” akhirnya menamatkan tayangan kelmarin.
Sinopsis
Drama ini membawa kisah kehidupan manis dan pahit pelbagai penduduk di sebuah kejiranan di Jeju.
Meruntun jiwa
[Amaran SPOILER]
Membawa pelbagai kisah dalam masyarakat, “Our Blues” mengakhiri ceritanya dengan kisah anak-beranak Kang Ok-dong (Kim Hye-ja) dan Lee Dong-seok (Lee Byung-hun). Kedua mereka yang mempunyai hubungan yang tegang sejak dahulu dek si ibu yang lebih pentingkan orang lain mula berdamai. Malah Kang Ok-dong akhirnya membela Lee Dong-seok daripada tuduhan orang lain setelah sekian lama membiarkan anaknya berasa seperti orang luar.
Pun begitu, hubungan anak dan ibu itu menemui pengakhiran yang pahit manis apabila Lee Dong-seok yang mahu menjamah makanan disediakan ibunya dijamu hampa apabila wanita tua itu menghembuskan nafas terakhir di sisinya.
Walau bagaimanapun, kesemua penduduk di Jeju menemui bahagia mereka sama ada dalam hubungan cinta atau kerjaya.
Rating tertinggi
Terbukti menjadi ikutan ramai, “Our Blues” menunjukkan prestasi rating yang memberangsangkan sejak dari awal tayangan lagi. Malah episod akhir ini berjaya mencatatkan rating tertinggi sepanjang tayangan iaitu 14.6%, satu angka yang baik bagi saluran tvN untuk tahun ini.
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.