Selepas “Alchemy of Souls”, makin ada banyak tawaran lakonan buat Hwang Min-hyun.

Terbaru, Min-hyun dilapor bakal menerajui drama “Useless Lies” bergandingan bersama Kim So-hyun. Berikutan itu, agensi Min-hyun memberi respon,
Memang benar dia ditawarkan watak utama. Dia sedang menyemak tawaran itu secara positif.
Bagaimanapun, agensi Kim So-hyun masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan setakat ini.
Untuk pengetahuan, “Useless Lies” mengikuti kisah seorang wanita yang mempunyai keupayaan untuk mendengar pembohongan dan seorang lelaki yang terkejut dengan pembohongan. Drama itu akan menambah elemen misteri dengan memasukkan kisah seorang wanita yang hilang tujuh tahun lalu.
Jika Min-hyun menerima tawaran ini, dia akan memainkan watak Kim Do-ha, seorang komposer dan penerbit popular di Korea. Manakala Kim So-hyun dalam perbincangan untuk memegang watak Mok Sol-hee, yang berputus asa untuk menikmati kebahagiaan kerana kebolehannya untuk mendengar pembohongan.
Macam seronok je plot drama ni, kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.