Ikuti Kami:

Kim Seonho Keluar ‘2 Days 1 Night’, Nasib 3 Filem Masih Belum Diketahui

Kim Seonho Keluar ‘2 Days 1 Night’, Nasib 3 Filem Masih Belum Diketahui

Selepas Kim Seon-ho memohon maaf terhadap kontroversi yang terpalit mengenai bekas kekasihnya, ramai yang tertanya-tanya apakah nasib projeknya yang akan datang.

Disebabkan oleh pendedahan ini, kesemua projek Kim Seon-ho yang dirancang pada masa akan datang nampaknya mengalami masa kecemasan.

Sepatutnya melakukan debut filem dengan “Sad Tropical”, status lakonannya tidak dapat dipastikan kini. Malah ianya sedikit genting kerana naskhah sepatutnya memulakan penggambaran pada awal November nanti. Katanya, mereka sedang berbincang sama ada untuk terus menampilkan Kim Seon-ho atau pun mencari pengganti lain.

Selain daripada itu, filem lain yang sepatutnya dilakonkan olehnya ialah “Dog Days” pada Disember dan “Date At 2 O’Clock” bersama Yoon-ah pada Mac tahun hadapan.

kim seonho

Agak sukar untuk menunda penggambaran “Dog Days” kerana ianya merupakan naskhah omnibus lantas pihak filem ini sedang mencari pelakon baru khabarnya.

Menurut laporan media, kontrak untuk ketiga-tiga filem ini masih belum ditandatangani kerana mereka sedang berbincang mengenai kos bayaran pelakon. Mengikut polisi daripada produksi, pihak Kim Seon-ho dikatakan akan mengikuti sahaja keputusan produser.

Dalam pada itu, kemunculannya dalam “2 Days 1 Night” nampaknya sampai ke noktah apabila pihak produksi program mengesahkan bahawa dia akan mengundur diri. Malah pilihan itu diajukan sendiri Kim Seon-ho dan ahli yang lain sudah pun mengetahuinya.

Episod minggu ini akan menyunting sebanyak boleh pelakon itu dan dia tidak akan muncul bermula pada penggambaran minggu hadapan.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenainya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...