Kim Seon-ho akan kembali menemui peminat dalam teater “Touching the Void”!
Selepas lebih lapan bulan sepi dek kontroversi, Kim Seon-ho kini sedang bersiap untuk kembali berlakon dalam teater pentas “Touching the Void” versi Korea.
Untuk pengetahuan, berdasarkan kisah sebenar Joe Simpson dan Simon Yates, “Touching the Void” mengisahkan tentang dua pendaki gunung British yang hampir mati semasa turun dari puncak Siula Grande di Andes, yang sebelum ini didokumentasikan dalam buku Joe Simpson “Touching the Void ” dan adaptasi filem seterusnya. Kim Seon-ho akan berperan sebagai Joe Simpson.
https://twitter.com/2013_SALT/status/1539413584949948417
Pada 22 Jun, agensi Kim Seon-ho SALT Entertainment telah mengeluarkan poster untuk teater itu, yang akan berlangsung dari 8 Julai hingga 18 September di Teater Art One Seoul.
Dalam poster itu turut tertulis,
Tiada siapa yang pernah melihat pemandangan ini sebelum ini. Buat masa ini, kami sahaja yang melihatnya.
Makin berseri la Kim Seon-ho sekarang.