Sekian lama menanti, akhirnya Kim Seon-ho bakal kembali dengan projek baru iaitu teater “Touching The Void”.
Terbar, SALT Entertainment berkongsi beberapa keping foto pelakon itu sedang menjalani latihan memanjat batu buat teater itu,
Bahagian pertama untuk latihan memanjat dan pengalaman buat Kim Seon-ho yang membawa watak ahli pemanjat gunung, Joe Simpson dalam ‘Touching The Void’.
View this post on Instagram
Daripada foto itu, peminat dapat melihat kegigihan Kim Seon-ho mempelajari kemahiran memanjat bagi melancarkan pembawaan wataknya nanti.
Untuk pengetahuan, Kim Seon-ho menghentikan kesemua aktivitinya pada Oktober tahun lalu dek kontroversi melibatkan kehidupan peribadi bersama bekas teman wanitanya. Walau bagaimanapun, dakwaan itu sudah ‘dibersihkan’ satu demi persatu dan pelakon tersebut dilihat sedang bersedia untuk kembali aktif dalam dunia lakonan tak lama lagi.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.