Ikuti Kami:

Banyak Ganti Model Baru, Satu Jenama Ini Terus Guna Kim Seonho Sebagai Duta

Banyak Ganti Model Baru, Satu Jenama Ini Terus Guna Kim Seonho Sebagai Duta

Meskipun kehilangan banyak sokongan selepas terpalit skandal namun Kim Seon-ho terus kuat untuk bangkit semula.

Kembali mengayuh perlahan-lahan dalam dunia seni kini, agensi lelaki itu iaitu SALT Entertainment dilihat memuat naik fotonya di sebuah penggambaran iklan.

Tulis di kapsyen,

Berjumpa pelakon Kim Seon-ho di lokasi penggambaran iklan.

Di dalam gambar itu, Kim Seon-ho tampil kacak dengan berpakaian serba putih selain tersenyum memandang kamera. Melihatkan pelitup muka di tangan, peminat menebak bahawa pelakon tersebut sedang menjalani penggambaran buat jenama Miima di mana dia sudah setahun menjadi dutanya.

Rata-rata peminat meluahkan rasa terima kasih buat jenama itu kerana terus mempercayai Kim Seon-ho meskipun insiden yang tidak dijangka tahun lalu. Dalam keadaan di mana kebanyakan iklan menggantikan lelaki berkenaan dengan mdel baru, Miima dilihat setia menggunakannya sebagai wajah mereka.

Bagi jenama di indonesia pula, produk kecantikan Everwhite terus dilihat memuat naik foto bersama Kim Seon-ho selain turut mengucapkan selamat hari jadi buatnya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Kim Seon-ho bakal kembali dengan sebuah teater baru bertajuk “Touching The Void” tak lama lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...