Ikuti Kami:

Kim Seonho Dedah Pernah Dimarahi Pengarah ‘The Childe’ Kerana Lakonan Janggal?

Kim Seonho Dedah Pernah Dimarahi Pengarah ‘The Childe’ Kerana Lakonan Janggal?

Tak lama lagi, penonton akan dapat tonton kemunculan semula Kim Seon-ho menerusi filem “The Childe”!

Untuk pengetahuan, “The Childe” akan mengikuti seorang budak lelaki yang bermimpi untuk menjadi seorang peninju, yang dilahirkan oleh bapa Korea dan ibu Filipina.

Terbaru dalam sesi temu bual yang dilakukan, Kim Seon-ho berkongsi bahawa dia pernah dimarahi oleh pengarah Park Hoon-jung kerana lakonannya yang agak janggal dalam satu adegan ini,

Saya sedang membaca skrip dan pengarah berkata bahawa adegan di mana saya mencarut kelihatan agak janggal. Dia berkata ‘Cara bercakap awak sangat mesra’.

kim seonho

Tambahnya lagi,

Oleh itu, saya disyorkan untuk tonton filem ‘A Clockwork Orange’ dan ‘The New World’. Dengan ini, saya sedar bahawa saya boleh melakukan babak mencarut tanpa perlu menjerit.

Sementara itu, filem “The Childe” akan turut menemui penonton di pawagam pada 29 Jun ini.

Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...