Utama Filem Korea “Dia Cepat Belajar” – Genre Aksi Pertama, Kim Seonho Kongsi Persiapan Untuk...

“Dia Cepat Belajar” – Genre Aksi Pertama, Kim Seonho Kongsi Persiapan Untuk ‘The Childe’

kim seonho

Setelah lama menyepi, Kim Seon-ho akhirnya akan kembali menemui penonton dengan filem pertamanya “The Childe”!

Untuk pengetahuan, “The Childe” akan mengikuti seorang budak lelaki yang bermimpi untuk menjadi seorang peninju, yang dilahirkan oleh bapa Korea dan ibu Filipina.

Mengenai wataknya sebagai Childe iaitu seorang pengejar yang tidak dikenali dan mengubah persekitaran Marco (Kang Tae-joo) menjadi huru-hara, Kim Seon-ho berkongsi,

Saya sentiasa menikmati projek dari pengarah Park Hoon-jung jadi saya teruja apabila terfikir mahu bekerjasama dengannya walaupun sebelum saya membaca keseluruhan skrip.

kim seonho the childe

Tambahnya lagi dengan menambah jangkaan tinggi untuk transformasi wataknya,

Perkembangan cerita adalah pantas dan watak ‘Childe’ juga adalah sangat menarik.

Selain itu, pelakon dan kakitangan yang lain turut memuji kesungguhan Kim Seon-ho,

Saya tak percaya bahawa genre aksi adalah cabaran pertama dia. Dia sangat baik dan cepat belajar. Walaupun dia hanya perlu melakukan satu pergerakan, dia seorang pelakon yang rajin belatih berulang kali supaya dia boleh tampil semula jadi.

Dalam pada itu, filem “The Childe” bakal menemui penonton di pawagam pada 21 Jun ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERJoynews24
Loading...