Selepas terpalit dengan kontroversi melibatkan pendedahan bekas kekasihnya pada tahun lalu nampaknya Kim Seon-ho memilih untuk menjauhkan diri daripada perhatian ramai meskipun rata-rata netizen memihak kepadanya selepas mendengar cerita sebenar.
Sedang sibuk dengan penggambaran filem “Sad Tropical”, lelaki itu tetap tidak lupa menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Menurut laporan, Kim Seon-ho telah menderma 50 milion won (RM174,677) kepada Pertubuhan Kanak-Kanak Leukemia Korea pada pertengahan Disember lalu. Disahkan juga pihaknya meminta agar perkara itu dirahsiakan,
Tolong jangan beritahu orang luar.
Kelakuan Kim Seon-ho ini dianggap tulus kerana ianya ‘bersambung’. Ini kerana dia turut pernah menyumbang kepada pertubuhan yang sama pada Januari tahun lalu. Katanya lelaki itu yang pernah menjanjikan ‘bantuan berterusan’ pada ketika itu kekal memberikan sumbangan meskipun mengalami masalah peribadi.
Kata wakil agensinya,
Kami tahu ianya dilakukan secara peribadi kerana Kim Seon-ho ingin membantu apa yang boleh.
Baik kan Kim Seon-ho?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.