Utama Celebrity News Putus Kerana Sering Ditipu, Dispatch Kongsi Mesej Kim Seonho & Bekas Kekasih

Putus Kerana Sering Ditipu, Dispatch Kongsi Mesej Kim Seonho & Bekas Kekasih

kim seonho

Selepas pendedahan Dispatch baru-baru ini, nampaknya outlet media itu kembali berkongsi perbualan panjang di antara Choi Young-ah dan Kim Seon-ho lagi.

Perbualan ini bagi menyangkal dakwaan wanita itu yang mengatakan pelakon tersebut tidak memberikan reaksi yang baik semasa dia mendapat tahu mengenai berita kehamilannya.

CYA: Saya mengandung. 6 minggu.

KSH: Apa… apa yang kita perlu lakukan?

CYA: Klinik ini tidak mempunyai khidmat menggugurkan kandungan. Jadi kalau kita nak buangnya, mereka akan rujuk saya di tempat lain.

KSH: Okay, mari kita fikirkan hal ini bersama-sama.

CYA: Ya, kita perlu lihat pilihan yang ada. Tapi saya tidak mempunyai niat untuk mengikat awak dengan bayi ini. Saya tak perlukan apa-apa melainkan cinta awak. Saya hanya teragak-agak kerana doktor mengatakan sekiranya saya menggugurkan bayi ini, ia mungkin akan berlaku kerumitan pada kehamilan akan datang.

KSH: Hmmm.. okay. Berikan masa saya berfikir tapi jangan terlalu risau.

Tidak seperti yang didakwa, Kim Seon-ho menunjukkan sokongan yang baik terhadap bekas kekasihnya. Malah mereka terus mempunyai perbualan yang baik selepas itu.

Pelakon itu juga dilihat meluahkan niat ingin berkahwin dengan Choi Young-ah selain menggelarnya sebagai keluarga dan orangnya kini.

KSH: Sayang?

CYA: Kita perlu berbincang.

KSH: Kita perlu berkahwin. Awak tak ada pilihan sekarang. LOL.

CYA: Awak buat saya segan.

KSH: Kita patut ada cadangan pada hujung minggu ini. Kita akan beritahu ibu bapa saya dan menyelesaikan semuanya dalam minggu hadapan.

Kim Seon-ho terus menunjukkan sokongan buat wanita itu dan berharap agar mereka akan mengecapi bahagia.

CYA: Okay! Bermula dari sekarang, saya akan beritahu awak semuanya. Tak kisah lah apa pun.. Terima kasih, mesti banyak perkara yang awak fikirkan.

KSH: Tak apa. Saya sayangkan awak.

KSH: Selagi kita bersama dalam hal ini, saya gembira. Saya hanya risau kerana awak berkemungkinan tidak boleh miliki anak lagi. Agak besar keputusan untuk menggugurkan anak juga.

CYA: Ya, saya pun. Sebab itu saya cakap yang saya berharap agar kita mempunyai lebih banyak masa untuk bercinta.. sebelum ada anak bersama.

KSH: Saya mahu direstui. Saya mahu ia menjadi restu buat kita berdua. Jadi, saya berasa sedih kerana ianya menjadi seperti ini.

CYA: Saya tahu.. mari terus fikirkannya.

KSH: Awak tahu kan itu? Mestilah, kita akan okay. Kita akan harunginya bersama. Saya tak pernah mencintai orang lain sebanyak ini melainkan awak.

CYA: Saya juga begitu. Tapi saya tak sangka akan mengandung.

dispatch kim seonho

Dispatch turut mendedahkan bahawa Kim Seon-ho dan Choi Young-ah tidak bersedia secara mental untuk mempunyai anak di mana ianya didedahkan oleh rakan bekas kekasihnya itu.

KSH: Saya tahu bukan senang untuk awak. Tapi saya rasakan seperti awak orang saya kini. Tak tahu, rasa pelik. Rasanya saya masih muda.

CYA: Tak, saya faham. Saya juga berasa begitu. Saya takut dan risau.

Mengenai dakwaan di mana Kim Seon-ho dikatakan menipu mengenai penalti kontrak yang perlu dibayar sekiranya terpalit skandal, jelas Dispatch, pelakon itu ada meluahkan rasa risau mengenainya namun memohon maaf kemudiannya kerana berfikiran seperti itu.

KSH: Saya tak cakapkannya sebab rasa macam bodoh. Tapi saya mempunyai filem yang sudah ditandangani.

KSH: Jadi, sekiranya saya menarik diri, saya akan rugi. Saya tak boleh tak fikirkan pasalnya. Saya ini menyedihkan..

CYA: Tak, awak tak menyedihkan. Mestilah awak akan memikirkannya.

KSH: Tapi, mungkin ia tidak penting. Itu sahaja perkara yang saya risaukan. Ibu bapa saya pasti terkejut tapi mereka akan faham.

Selepas itu, Choi Young-ah turut berkongsi gambar tas tangan mahal yang dibelinya selain foto bunga yang mungkin diberikan oleh Kim Seon-ho.

Tak lama kemudian, hubungan mereka mula berantakan kerana kehidupan peribadi wanita itu yang rumit.

KSH: Kita patut berhenti, ianya hanya menyakitkan kita berdua. Saya rasa kita mempunyai pandangan yang lain dalam perhubungan. Kepercayaan kita berlainan.

CYA: Tolong, saya akan dapatkan kepercayaan awak semula. Saya tidak akan menipu lagi dan menyorokkan apa-apa daripada awak.

KSH: Awak orang yang baik. Awak patut bercinta dengan seseorang yang layak dengan awak. Mari hentikan di sini. Saya tidak mahu berjumpa awak lagi.

CYA: Maafkan saya kerana membuatkan awak runsing.

KSH: Ya, dan saya berterima kasih kerana awak memberitahu perkara yang sebenar. Saya faham kenapa awak berbuat begitu. Tapi saya tak rasa mahu terus berjumpa awak.

CYA: Saya hanya mahu menjadi yang selayaknya untuk awak. Saya sentiasa rasa bersalah dan saya sentiasa berasa perlu berhenti menipu awak.. berhenti menjadi samar-samar dan memberitahu perkara sebenar. Tapi saya sentiasa memberikan alasan.

CYA: Berikan peluang lagi. Saya bukannya suka menipu, saya boleh berubah.

KSH: Bukan sekejap berlalu apabila awak menipu mengenai perkara yang kecil. Saya tak cakap apa-apa kerana ia bukan pembohongan yang besar.. tapi beritahu saya. Adakah saya perlu memahami teman wanita saya menipu untuk keluar bersama lelaki lain? Berkali-kali?

KSH: Awak cakap awak minta maaf, tapi awak terus berbohong. Awak tak ada ketelusan. Awak tak ada adab. Macam mana saya nak terus mencintai awak?

KSH: Ada tak awak terfikir saya akan terluka sekiranya terdengar mengenai penipuan awak daripada orang lain? Saya sampaikan berpura-pura tak mengetahuinya.. sehingga awak kembali menipu lagi.

KSH: Saya ada beritahu awak semasa awal bercinta yang saya tak kisah awak mahu ke kelab bersama lelaki. Saya hanya mahu awak jujur dan memaklumkan hal itu kepada saya.

KSH: Tapi pada hari kita berjanji untuk berkongsi masa depan bersama, awak mungkir janji dan dengan tebal muka menipu lagi.

CYA: Saya minta maaf kerana membuatkan awak berasa seperti itu. Saya tak akan menipu lagi. Saya tidak akan tikam belakang awak, saya janji.

KSH: Tolonglah Young-ah. Tiada lagi masa depan buat kita.

dispatch kim seonho

Dalam pada itu, agensi Kim Seon-ho memilih untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai pendedahan Dispatch ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERDispatch
Loading...