Akhirnya, peminat Kim Seon-ho berpeluang berinteraksi dengan pelakon itu dalam sebuah perjumpaan peminat rasmi tak lama lagi.

Hal ini dikongsikan sendiri oleh akaun Instagram staf lelaki tersebut pada petang tadi menerusi sebuah entri baru.
Tulis mereka,
Penggambaran poster untuk perjumpaan peminat yang dicadang pada 10 Disember dan penggambaran ‘Season Greetings’ bersama anda pada 2023.
Maklumat lanjut akan dikongsikan secara rasmi nanti. Meskipun masih ada masa lagi sehingga bulan Disember, namun kami ingin menyampaikan berita ini secepatnya.
Harapnya berita ini akan membuatkan hari-hari kalian lebih menyeronokkan.
View this post on Instagram
Nantikan info lebih mendalam mengenai jadual ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.