Ikuti Kami:

Kim Seohyung Sah Bintangi Drama Adaptasi Novel Jepun

Kim Seohyung Sah Bintangi Drama Adaptasi Novel Jepun

Umum pasti amat mengenali pelakon bagi watak antagonis, Shin Ae-ri dalam sebuah drama Temptation Wife. Sangat berbakat, sangat versatil dan sangat berkarisma siapa lagi kalau bukan pelakon wanita Kim Seo-Hyung yang bernaung di bawah KeyEast Entertainment.

Kim Seo-Hyung bukan sahaja meninggalkan impak berdasarkan lakonannya dalam Temptation Wife, namun turut berhasil mengagumkan peminat melalui drama-drama lain seperti “Sky Castle” yang berjaya menjadikan Kim Seo-Hyung antara calon untuk memenangi anugerah ‘Pelakon Wanita Terbaik’ dalam 55th Baeksang Arts Awards.

KIM SEO HYUNGPada 7 April, pihak agensinya KeyEast Entertainment telah berkongsi bahawa pelakon Kim Seo-Hyung akan tampil dalam siri asal KT Seezn’s, “Paper Moon”.

“Paper Moon” adalah berdasarkan adaptasi novel Jepun yang mempunyai nama yang sama seperti “Kami no Tsuki” oleh Mitsuyo Kakuta. Ia dijadikan sebagai filem sekaligus drama di Jepun dan berjaya menerima respon yang baik daripada penonton.

Drama ini merupakan sebuah drama bergenre thriller dimana wanita bernama Yoo Yi-Hwa yang hidup selesa tanpa mempunyai apa-apa kekurangan atau keinginan. Namun, Yoo Yi-Hwa mula menyeleweng wang daripada kliennya sewaktu bekerja sebagai seorang pekerja kontrak di sebuah bank dan sejak dari itu kehidupan biasanya telah ditimpa berbagai cabaran dan dugaan.

Drama “Paper Moon” akan mula dihasilkan pada tahun ini.

Menarik tak? Jangan lupa untuk tonton drama ini bila sudah ditayangkan nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...