Ikuti Kami:

Kisah ‘Perang’ Menantu Keluarga Kaya, Lee Boyoung & Kim Seohyung Sah Terajui Drama ‘Mine’

Kisah ‘Perang’ Menantu Keluarga Kaya, Lee Boyoung & Kim Seohyung Sah Terajui Drama ‘Mine’

Nampaknya Lee Bo-young dan Kim Seo-hyun sudah pun disahkan bakal menerajui drama terbaru tvN bertajuk “Mine”.

“Mine” membawa kisah wanita bercita-bercita tinggi dan kuat yang melawan prejudis masyarakat untuk merebut hak milik mereka.

Lee Bo-young akan membawa watak Seo Hee-soo, bekas pelakon popular dan menantu kedua keluarga kaya Hyowon. Selepas membanting tenaga untuk memasuki dunia baru dan mengubah dirinya sesuai dengan golongan kaya, Seo Hee-soo berjaya membina tapaknya dan memiliki personaliti yang yakin dengan apa sahaja dilakukannya.

tvn mine

Kim Seo-hyung pula akan melakonkan watak Jung Seo-hyun, menantu pertama keluarga Hyowon dan sudah pun biasa hidup kaya sejak sekian lamanya. Dilahirkan dalam keluarga tradisional dan berkuasa, Jung Seo-hyun dilengkapi dengan elegan, maruah dan kebijaksanaan. Dia juga merupakan seorang yang sangat rasional sehingga mampu kekal tidak memberikan ekspresi dalam apa-apa situasi pun.

Rata-rata penonton sudah pun meluahkan rasa tak sabar menantikan gandingan hebat kedua pelakon berbakat ini.

“Mine” dikatakan bakal ditayangkan pada separuh awal 2021.

Korang pun mesti dah tak sabar kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...