Ikuti Kami:

Kim Sejeong Pilih Jihyo TWICE & Cha Eunwoo ASTRO Sebagai Kawan Selebriti Paling Rapat

Kim Sejeong Pilih Jihyo TWICE & Cha Eunwoo ASTRO Sebagai Kawan Selebriti Paling Rapat

Kim Se-jeong sering dikenali sebagai seorang yang ceria dan peramah.

Terbaru pada siaran 26 Julai program “Four Men”, Kim Se-jeong telah hadir sebagai tetamu. Dalam episod itu, Kim Se-jeong mendedahkan bahawa dia sebenarnya seorang yang pendiam, walaupun dia kelihatan seperti peramah. Jelasnya mengenai itu,

Saya tidak begitu mahir bercakap dengan orang yang saya tidak kenali dengan baik. Saya agak perasan, tetapi saya mendapati perkara itu agak sukar. Sebenarnya terdapat lima tahap berbeza pada rangkaian sosial saya.

kim sejeong

Pelakon dan idola itu menyambung,

Orang di tahap 1 adalah mereka yang saya rasa sangat rapat dan selesa. Jika saya rapat dengan mereka tetapi tidak terlalu rapat, saya akan kategorikan mereka ke tahap 2, tahap 3 ialah orang yang baru saya kenali. Jika saya tidak mengenali mereka secara peribadi, tetapi tahu nama mereka dan telah bercakap dengan mereka, mereka akan berada di tahap 4. Akhir sekali, tahap 5 ialah mereka yang saya hanya jumpa tetapi tidak tahu apa-apa tentang mereka.

Kemudian, Se-jeong mendedahkan bahawa ahli kumpulan masa lalunya iaitu GUGUDAN dan I.O.I berada di tahap 2. Bagi tahap 1, Se-jeong berkata bahawa Ji-hyo TWICE dan Cha Eun-woo ASTRO berada pada tahap itu, menjelaskan bahawa mereka adalah kawan rapatnya.

kawan kim sejeong

Suka kan tengok persahabatan mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...