Kim Sejeong Bakal Adakan Konsert Jelajah Di Kuala Lumpur Oktober Ini
- oleh Fareen
- 3 tahuns lalu
Ada berita gembira buat peminat Kim Se-jeong di Malaysia!
Terbaru, akaun sosial media rasmi Kim Se-jeong telah mengumumkan bahawa penyanyi itu akan melakukan konsert jelajah pertamanya ‘The 門’, bermula di Seoul pada September ini.
Menarik perhatian, penyanyi lagu “Flower Way” itu akan turut menemui peminat di Kuala Lumpur, Malaysia pada 29 Oktober nanti.
2023 KIM SEJEONG 1st CONCERT TOUR
‘The 門’#김세정 #KIMSEJEONG#세정 #SEJEONG#The門 pic.twitter.com/FJo2p0ewRY— 김세정 KIM SEJEONG (@0828_kimsejeong) July 31, 2023
Selain Kuala Lumpur, bandar lain yang akan turut dilawati Kim Se-jeong adalah Hong Kong, Manila, Jakarta, Bangkok, Singapura dan banyak lagi.
Sementara itu, maklumat lanjut berkaitan lokasi dan harga tiket konsert masih belum diumumkan lagi.
Nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




